Perihal Blue lacy

Penampilan

Anjing Lacy adalah kuat dan pantas, terbina dengan ringan, tetapi berperkadaran dalam nisbah ketinggian dengan berat. Ketinggian pada paras kelasa ialah 43–56 cm (17–22 in). Bergantung pada ketinggian dan penyesuaian umum, berat patut hampir-hampir 11–20 kg (25–45 lb) untuk betina dan 16–25 kg (35–55 lb) untuk jantan.[1] Piawaian yang tersenarai dalam Resolusi Serentak Dewan Texas Bil. 108 adalah sedikit berbeza—ketinggian 46–64 cm (18–25 in) dan berat 14–23 kg (30–50 lb)—tetapi hanya mulai tahun 2005 ia diiktiraf secara rasmi sebagai anjing negeri.

Warna

Walaupun ia sering dipanggil "blue" lacy ("biru"), terdapat tiga keragaman warna yang diizinkan bagi lacy. "Blue" ("biru") ialah sebarang cahaya warna kelabu daripada perak cerah hingga arang gelap. "Red" ("merah") terdiri daripada krim cerah hingga karat. "Tri" ("tri-", "tiga") menggabungkan dasar biru dengan tanda-tanda merah tersendiri mengikut kesesuaian untuk pangkasan, dan putih yang mungkin kelihatan pada brisket dan kawasan dari dagu ke groin. Putih juga mungkin hadir pada salah satu kaki atau lebih. Putih berlebihan tidak digalakkan dan tanda-tanda pada muka atau di atas garis tengah merupakan kecacatan yang menjadi syarat penyingkiran. Matanya tajam dan berjaga-jaga, berwarna kuning cerah hingga ambar pekat.

Bulu

Lapis bulunya patut pendek, licin, dan ketat. Lapis bulu terlebih panjang atau kasar ialah syarat penyingkiran. Lacy menggugurkan bulu, tetapi memerlukan pendandanan minimum.

Perangai

lacy biru dan sawo matang

Anjing biru Lacy adalah cerdas, sengit, giat, dan berwaspada. Dengan perkembangan sebagai anjing pemburu dan anjing gembala, ia mempamerkan dorongan dan keazaman hebat untuk bekerja dengan buruan besar dan mengawal haiwan ternakan sukar. Anjing muda mungkin mempunyai terlalu banyak tenaga dan dorongan untuk kanak-kanak kecil. Ia mudah dilatih kerana mempelajari kemahiran baharu secepatnya.

Rujukan

WikiPedia: Blue lacy http://www.lacybreed.com/standard.html https://curlie.org/Recreation/Pets/Dogs/Breeds/Her... https://web.archive.org/web/20110713180826/http://... https://www.usa.gov/states-and-territories http://www.nationalkennelclub.com/breed-standards/... https://capitol.texas.gov/tlodocs/79R/billtext/htm... https://www.beaumontenterprise.com/jasper/article/... https://web.archive.org/web/20090731111508/http://... http://workinglacys.wordpress.com/2009/07/01/lacyc... http://workinglacys.wordpress.com/2008/11/29/lacys...